Monday 24 December 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu Ke-14




                    Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Minggu ini merupakan minggu terakhir kami belajar dalam kelas Komputer Dalam Pendidikan. Pada minggu ini sesi pembelajaran dapat berjalan dengan lancar walaupun Puan Fariza mengalami masalah kesihatan dan digantikan dengan guru lain.

        Pada minggu ini kami semua diajar bagaimana cara untuk menggunakan Microsoft Excel dengan membuat Laporan Peperiksaan dan Laporan Perbelanjaan Peribadi. Penggunaannya pada mulanya agar sukar jika kita tidak mencuba banyak kali dan tidak bertanya kepada orang yang lebih pandai daripada kita terutamanya pensyarah. Di sini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak ilmu yang berguna bagi menghasilkan atau membuat sesuatu tugasan dengan menggunakan microsoft excel.

Microsoft Excel ini penting bagi menghasilkan sesuatu sistem atau tempat menyimpan maklumat  bagi seseorang individu mahupun pihak swasta dan kerajaan. Semua maklumat penting akan dapat dinyatakan dan direkodkan dengan selamat dan mudah.

Bagi menghasilkan sistem pengiraan automatik, kita perlulah memahami formula yang harus kita masukkan. Contohnya:

                         Countif
                         VLookup
                         Sum               - Jumlah
                         Max               - Markah Tertinggi
                         Min                - Markah Terendah
                         Average         - Purata
                         STDev           - Sisihan Piawai
                         Median          - Mod

Formula ini penting bagi menghasilkan sistem tersebut berfungsi secara automatik. Ia dapat memudahkan pengguna bagi menghasilkan kerja yang lebih bermutu. Kerja-kerja yang kita buat kita boleh hasilkanya dalam bentuk Graf, carta dan lain-lain lagi mengikut kehendak diri sendiri.

Itu sahaja saya ingin kongsikan kepada anda semua kerana saya pun baru belajar dan masih tidak mahir tentang pengunaannya. Semoga input-input tersebut memberikan kemudahan kepada anda semua.

        Saya ingin memohon maaf jika ada salah dan silap buat semua kawan-kawan dan Puan Fariza yang telah mengajar dan mendidik kami di dalam kelas Komputer Dalam Pendidikan. Selesai sudah untuk aktiviti pengajaran pada SEM 1 bagi tahun 2012. Selamat menduduki Final Exam dan memperolehi result yang cemerlang...Amin.....










Friday 14 December 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu ke-13



             Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan ku sekalian. Pada minggu ini Puan Fariza menyuruh kita untuk membuat Slide Show dengan berdasarkan kaedah-kaedah yang kita cari pada minggu lepas.

Pada minggu lepas kita telah mencari maklumat bagaimana untuk melakukan sesuatu persembahan dengan berkesan agar ia dapat menarik perhatian seseorang. Oleh itu, pada minggu ini Puan Fariza mengarahkan kita supaya membuat slide show berdasarkan powerpoint yang telah dilakukan dahulu dengan membuat soalan latihan berdasarkan tajuk-tajuk yang telah diberi dahulu contohnya tajuk kumpulan kami iaitu berkaitan dengan "Oiginal And Lisenced". Setiap kumpulan hanya perlu menambah baikan sahaja slide show tersebut dengan membuat contoh-contoh soalan yang berkaitan dengan tajuk kumpulan  yang telah ditetapkan.

Selain itu Puan mengarahkan kami menggunakan ciri-ciri persembahan yang dapat menarik penonton contohnya menggunakan Audio, gambar dan menggunakan kaedah Hyperlink. Dengan adanya semua elemen ini, ia akan menghasilkan satu powerpoint yang berkesan.

Perkara yang kumpulan kami fokus adalah menghasilkan soalan dengan menggunakan kaedah Hyperlink supaya pengguna dapat menjawab soalan dengan berkesan. Semasa pengguna klik pada jawapan yang mereka pilih, dengan secara automatik jawapan yang dipilih itu akan mengeluarkan satu kenyataan iaitu Betul " atau Salah ". Apabila jawapan betul pengguna dapat meneruskan soalan seterusnya, manakala jawapan yang salah pula pengguna boleh kembali pada soalan asal dan pengguna boleh memilih pilihan jawapan yang lain.

Bagi saya dan ahli kumpulan saya, cara menghasilkan Hyperlink amat mudah bagi kami. Ia tidak terlalu rumit dan kita boleh pelajarinya dimana-mana sahaja. Contohnya dari kawan-kawan, pensyarah, internet dan lain-lain.

Semoga apa yang saya post ini dapat memberi gambaran kepada anda semua tentang mempelajari teknik-teknik untuk menghasilkan satu persembahan yang menarik penonton. Jika ada salah silap tentang blog saya ini, saya harap anda semua memberi nasihat agar saya dapat membaiki mutu blog saya ini. Sekian....Assalamualaikum...


" Belajar Untuk Berbakti dan Berilmu Pengetahuan "







Thursday 13 December 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu ke-12



        Assalamualaikum dan selamat sejahtera sahabat-sahabat sekalian. Bersyukur kita ke hadrat ilahi kerana pada minggu ini kita masih lagi dapat meneruskan pembelajaran di UKM seperti biasa. 

Tetapi kelas Komputer Dalam Pendidikan pada minggu ini iaitu pada 6 Disember 2012 terpaksa dibatalkan kerana Puan Fariza tidak beberapa sihat untuk mengajar kita. Walaupun kelas pada minggu ini dibatalkan dan Puan tidak dapat hadir, tidak bererti tugasan pada minggu ini tiada. Namum seperti biasa Puan Fariza menggunakan kaedah menggunakan laman sosial iaitu Facebook untuk mengajar dan memberi maklumat tentang pembelajaran pada minggu ini. Justeru itu, kita semua hendaklah melakukan tugasan sebagaimana yang Puan suruhkan.

Tugasan yang perlu dilakukan pada minggu ini ialah menghasilkan paparan atau persembahan secara berkesan serta efision dengan menggunakan perisian CASPER dan GUI.


CASPER


           Disini saya ingin kongsikan apa yang saya tahu tentang CASPER. CASPER adalah persembahan elektronik powerpoint yang meliputi ciri-ciri yang terdapat pada penyusunan media contohnya Teks, Grafik, Animasi, Video dan Audio. Kelima-lima ciri ini penting bagi menghasilkan satu persembahan yang berkesan dan menarik serta meransang perhatian pengguna supaya mereka dapat fokus terhadap persembahan yang ingin disampaikan.

Adakah anda tahu apa itu Casper berdasarkan hurufnya???


                             C Contrast (Perbezaan yang ketara)
                    A - Alignment (Susunan Lurus)
                    S - Simplicity (Mudah)
                    P - Proximity (Berhampiran)
                    E - Emphasis (Penekanan)
                    R - Repetition (Pengulangan)


Perkara di atas merupakan elemen-elemen yang penting bagi menghasilkan sesuatu persembahan yang menarik kepada penonton. Justeru itu, sebelum membina sesuatu powerpoint, pengguna perlu tahu bagaimana cara yang betul dan berkesan agar penonton dapat memahami dengan mudah sesuatu ilmu yang ingin kita sampaikan dengan menggunakan kaedah CASPER.

Perkara di bawah merupakan apa itu C, A, S, P, E, R dan cara penggunaannya : 

Contrast ( C )- Pengguna perlu bijak dari segi penggunaan warna, latar belakang, gambar dan penggunaan unsur-unsur lain supaya penghasilan persembahan atau reka bentuk dapat menaik minat seseorang.

Alignment (susunan lurus)- Prinsip ini digunakan agar item-item yang diletakkan dalam muka perisian tidak kelihatan janggal dengan menyusun item-item yang ingin dipersembahkan supaya ia kelihatan seimbang. Item yang yang diletakkan mestilah berkaitan dengan visual antara satu sama lain di setiap paparan perisian.

Simplicity (Mudah)- Grafik dan animasi perlu ringkas dan dapat merangsangkan pengguna memahami maksud yang hendak disampaikan. Dengan kata lain sesuatu bahan grafik dan bahan yang diletakkan di atas muka perisian seharusnya dapat memudahkan penerokaan dan merangsangkan pemikiran. Visual yang dipilih perlulah ringkas, bersesuaian dengan pengguna dan mudah difahami. Dengan kata lain, penggunaan grafik dan elemen media dalam perisian yang dibina perlulah membantu pengguna melayari perisian dengan mudah. Sekeping gambar yang ringkas contohnya, lebih bermakna dari teks yang panjang lebar.

Proximity (Berhampiran)- Dalam prinsip ini, item yang digunakan dalam muka perisian perlulah dikumpulkan pada satu kawasan, supaya pengguna dapat melihat kesinambungan yang wujud antara item. Pengumpulan item membuatkan pengguna merasa selesa kerana item-item yang berkaitan dilihat sebagai satu kumpulan dan tidak terpisah-pisah. Oleh yang demikian, elemen ini akan menjadi satu unit visual daripada beberapa unit terpisah.

Emphasis (Penekanan)- Pembinaan perisian perlu menggunakan cara tertentu bagi memberi penekan terhadap perkara yang dirasakan penting. Pelbagai cara digunakan oleh pembangun perisian untuk menarik perhatian pengguna. Elemen yang digunakan mestilah elemen yang penting dan disarankan agar elemen yang digunakan tidak terlalu banyak bagi menarik perhatian pengguna kerana takut pengguna hanya fokus kepada elemen sampingan sahaja berbanding alemen yang ingin di sampaikan.

Repetition (Pengulangan)- Merupakan satu piawai antara muka perisian supaya pengguna akan dapat mentaksir dan memahami dengan mudah arahan yang diberikan oleh perisian. Pengulangan menggunakan persembahan media yang berlainan akan membantu pemahaman pengguna kerana pengguna lebih menyukai elemen-elemen multimedia kerana ia kelihatan menarik dan mudah difahami.




GUI


GUI (Ggaphical User Interface) adalah model interaksi antara manusia komputer. GUI merupakan satu paparan grafik yang mengandungi alat-alat atau komponen yang membolehkan pengguna melakukan pekerjaan interaktif. Perkembangan GUI bertujuan untuk
membolehkan pengguna berinteraksi dengan peranti komputer dalam mengoperasikan sebuah sistem operasi. Contohnya ialah Microsoft Windows.  

Dengan menggunakan GUI, terdapat kelebihan dan kekurangannya antaranya ialah :

KELEBIHAN

  1. Reka bentuk Grafik lebih menarik.
  2. GUI membolehkan user untuk berinteraksi dengan komputer secara lebih baik.
  3. Memudahkan pengguna
  4. Menarik minat pengguna.
  5. Memahirkan pengguna dengan cepat.
  6. jimat masa.
KEKURANGAN
  1. Memakan saiz memori yang besar.
  2. Bergantung pada peranti keras.
  3. Memerlukan banyak tempat pada desktop komputer.
  4. Tidak fleksibel.

Inilah maklumat yang perlu kami cari pada minggu ini dan Puan mengarahkan kami untuk membuat slide berdasarkan maklumat yang kami cari ini supaya slide tersebut menepati ciri-ciri di atas. Slide tersebut mestilah menggunakan Apache OpenOffice 3 Presentation.

Semoga anda semua sedikit sebanyak dapat memahami cara membuat persembahan dengan menarik dengan menggunakan kaedah CASPER. Jika blog saya ini mempunyai kekurangan, bantulah agar saya dapat memastikan maklumat yang disampaikan ini betul dan berguna kepada anda semua. Sama-sama kita kongsikan ilmu yang berguna.


" SEKIAN TERIMA KASIH "






Tuesday 4 December 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu Ke-11




         Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua kenalan-kenalan sekalian dan Puan Fariza. Refleksi embelajaran pada minggu ini, saya diberi pendedahan tentang cara penggunaan aplikasi Microsoft office iaitu Microsoft Publisher.

       Microsoft Publisher merupakan satu perisian penerbitan untuk menghasilkan beberapa jenis penerbitan yang kita inginkan seperti :-                                                                                                                           

  • Business Card
  • Brochures                                             
  • Calendars
  • Greeting Cards 
  • Labels
  • Newsletters
  • Postcards

Senarai penerbitan diatas adalah yang paling popular digunakan dan masih terdapat lagi jenis penerbitan yang lain.

        Tugasan yang Puan Fariza berikan kepada kami pada minggu ini adalah membuat "Brochures" atau dikenali sebagai pemplet. Ia merupakan satu kertas yang mengandungi maklumat-maklumat yang berguna untuk disebarkan kepada sesiapa yang kita ingin sampaikan. Kebanyakanya ia digunakan semasa majlis-majlis rasmi untuk mengetahui atur cara majlis dan juga untuk menyampaikan risalah-risalah berkaitan dengan sesuatu ilmu yang berguna. Maklumat yang perlu kami masukan dalam brochures tersebut ialah berkaitan dengan tajuk yang kami kena bentangkan dahulu seperti Original and Licensed. Cara pengunaanya memang mudah kerana kami hanya perlu memasukkan maklumat ke dalam ruang yang telah disediakan. Di bawah adalah contoh brochures yang telah siap saya lakukan.

MUKA HADAPAN
MUKA BELAKANG

Selepas kami semua selesai melakukan Brochures, Puan Fariza mengarahkan kami semua save hasil kerja ini di Publisher File dan PDF. Selepas itu kami dikehendaki memasukkan ke dalam yahoogroup dan dropbox.

Itu sahajalah hasil pembelajaran kami semua pada minggu ini. Semoga anda semua dapat menyiapkan semua tugasan yang diberikan secepat yang mungkin.

Sekian..........



"Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang"

 












Monday 26 November 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu Kesepuluh



             Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada minggu ini kelas telah dijalankan seperti biasa setelah seminggu kita bercuti rehat di kampung masing-masing. Namun, kerja yang perlu dibuat semakin banyak dan memeningkan kepala. Nak atau tidak kami terpaksa teruskan juga bagi selesaikan semua kerja ini. Nasib baik lah tajuk pada minggu ini begitu senang bagi saya kerana saya telah mempelajarinya ketika diwaktu sekolah dahulu.


Tajuk yang saya pelajari pada minggu ini ialah Multimedia. Mungkin ada diantara kita yang masih tidak tahu apa itu multimedia. Multimedia ialah satu persembahkan yang menggunakan komputer dengan menggabungkan pelbagai elemen seperti text, video, audio, animasi, dan gambar serta peralatan-peralatan komputer dan juga disambungkan (link) ke rangkaian lain.. Dengan adanya multimedia, ia telah memberi kesenangan kepada semua orang untuk mengunakannya samaada dalam Pendidikan , Perniagaan dan lain-lain.




Antara aplikasi yang boleh digunakan untuk menghasilkan multimedia ialah :-

  • Smart  art (power point)
  • Microsoft Paint
  • Online Google Draw
  • OpenOffice Draw
  • GIMP


Selepas itu juga, Puan Fariza mengajar kami semua jenis format fail gambar yang boleh kita gunakanya untuk hasilkan gambar. Contohnya ialah :-

  •     JPEG  (*jpg , *jpe)
  •     PNG   (*png)
  •     BIMP (Bitmap) 
  •     GIF (Grafic Interchange Format)
  •     TIFF (*tif , Tagged Image File Format )

Gambar disebelah merupakan hasil kerja seni saya yang disuruh oleh Puan. Kami dikehendaki membuat atau membina sesuatu objek dengan menggunakan apa jenis bentuk yang terdapat dalam power point. Selepas siap menjadi apa-apa bentuk. Puan mengajar saya bagaimana cara untuk menggerakan bentuk yang digabungkan itu bergerak sekali. Jika ia di alihkan tidak ada satu bentuk pun yang tertinggal. Caranya ialah dengan Klip mouse disebelah kanan dan pilih Group. Kemudian, kami dikehendaki menukar format dari bentuk power point menjadi bentuk format Bitmap dan JPEG agar ia menjadi satu keping gambar. Di antara dua-dua format ini ia mempunyai perbezaan antara satu sama lain. 

Bitmap  - Semasa gambar di besarkn, ia akan menjadi semakin jelas dan tidak pecah
               - Ia mengambil saiz ruang yang besar

JPEG     - Jika gambar di zon dengan dekat, gambar akan menjadi tidak jelas atau pecah
               - Ia mengambil saiz ruang yang kecil

Selain itu, kami juga diajar cara menggunakan paint. Cara penggunaanya adalah bebas mengikut kehendak kreatifviti masing-masing. Selepas itu, kami diajar pula cara menggunakan software untuk GIMP . GIMP adalah satu perisian sumber terbuka yang diedarkan secara percuma. Cara penggunaanya hampir menyamai Photoshop, seperti menyunting imej , membentuk gambar dan mengubahsuai foto.



Sampai disini sahajalah untuk minggu ini. Pada minggu hadapan, Insyaallah kami akan mempelajari gimp dengan lebih mendalam. Ilmu adalah pelita dalam kehidupan seharian kita.
Tanpa ilmu hidup seseorang tidak akan cerah....Sekian Terima Kasih.......

Wednesday 14 November 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu Kesembilan



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pada minggu ini kelas masih dijalankan seperti biasa dan tajuk pembelajaran masih lagi berkaitan SPSS. Tetapi yang bezanya adalah cara membuat analisis soal selidik dengan menggunakan cara kualitatif. Manakala pada minggu lepas kami membuat analisis dengan menggunakan cara kuantitatif.

Kuantitatif - Merupakan pengumpulan data dalam bentuk numeric 
Kualitatif   - Merupakan pengumpulan data secara penulisan

Selepas kami diberi penerangan berkaitan kualitatif.  Kami semua dikehendaki membuat proses coding pada  berdasarkan jawapan yang dibuat oleh semua pelajar di dalam Ifolio. Proses ini bertujuaan untuk mencari isi-isi penting supaya kami dapat membina  "Rajah Pokok". Contohnya, satu isi mempunyai maksud yang sama atau berbeza dan ia akan diletakan dibawah satu-satu tajuk yamg lebih besar.

Mungkin pengunaan cara ini agak sukar bagi kami dan mereka yang baru belajar. Jika kita sentiasa lakukannya, ia akan menjadi mudah. Walaupun cara ini sukar, hasil daripada pengunaanya akan menjadi lebih terperinci. Data kita juga akan menjadi lebih menarik berasaskan persoalan kajian.

Prinsip Kualitatif :

  1. Melibatkan proses 'data reduction' atau coding
  2. Analisis data kualitatif bersifat dinamis dan fleksibel
  3. Melibatkan intepretasi penyelidik
  4. Data berbentuk 'string' atau ayat contohnya temubual
  5. Penulisan laporan lebih berbentuk 'neratif'

Akhir kata, "Selamat Bercuti"
Assalamualaikum.......

Sunday 4 November 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu Kelapan



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Pada minggu ini 1 November, kami seperti biasa dikehendaki melakukan tugasan yang lebih mencabar dari minggu sebelum-sebelumnya. Tugasan ini semakin rumit dan memeningkan sehingga memerlukan perhatian yang lebih. Apa tugasan yang perlu kami buat pada minggu ini ialah membuat "mini reserch" Sebelum melakukan tugasan ini, Puan Fariza terlebih dahulu memberi penerangan kepada kami semua secara langsung mengenai tugasan ini. 

Bagi membuat mini reserch tersebut, kami disuruh menggunakan perisian Statistical Product and Servise (SSPS). Apa yang saya faham tentang penggunaan SSPS ialah, ia merupakan satu sistem yang dijalankan secara automatik dan boleh mengira statistik yang besar bagi menghasilkan carta dan jadual selepas kita memasukkan data-data tentang soal selidik yang telah dilakukan. Benda ini sangat berguna kepada kami dan semua orang yang membuat soal selidik dengan lebih berkesan kerana kita boleh mendapatkan maklumat yang tepat selepas memasukkan data-data. Maklumat boleh didapati dalam bentuk Graf Bar, Histogram, Carta Pie dan lain-lain. Kita boleh memilih apa sahaja Graf atau Carta yang kita suka.

Setelah kami semua sudah selesai memasukkan soalan dan jumlah responden hasil dari survey monkey kedalam perisian SSPS,  kumpulan kami telah mendapat maklumat sebagaimana Puan Fariza suruhkan. Selepas itu pula Puan Fariza menyuruh kami memindahkan semua maklumat tersebut kedalam Microsoft Word. Kami dikehendaki membuat satu laporan berdasarkan Graf atau Carta yang telah kami pilih. Akhir sekali assignment ini hendaklah dihantar dengan menggunakan yahoogroup serta dropbox.

Itu sahaja yang saya dapat rumuskan refleksi pambelajaran saya pada minggu ini. Kekurangan pada blog ini amat saya kesali. Semoga kita dapat manfaatkan ruang dan peluang bagi mendapatkan ilmu yang berguna untuk kegunaan masa hadapan kita semua.

Sekian Terima Kasih.




Thursday 1 November 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu Ketujuh



Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

                       Pada minggu ini 25 Oktober, ia merupakan cuti peristiwa sempena sambutan Aidiladha. Kelas kami pada hari ini tiada dan ada di antara kami yang mengambil kesempatan untuk pulang beraya di kampung halaman masing-masing. Walaupun kelas tiada, kami semua tetap dikehendaki membuat kerja yang telah diberikan oleh Puan Fariza.

                       Tugasan yang perlu kami lakukan pada minggu ini ialah melakukan soal selidik secara berkumpulan berkenaan tajuk Original and Licensed Software yang telah dibentangkan pada dua minggu lepas. Kami membuat contoh soalan soal selidik dengan menggunakan Survey Monkey. Walaupun cara penggunaannya Puan Fariza tidak sempat mengajar kepada kami. Namun, dengan adanya sifat kegigihan dalam diri kami semua, kami telah meminta tunjuk ajar dari rakan-rakan lain yang telah menyiapkan tugasan tersebut. Kami diarahkan membuat soalan soal selidik sebanyak sepuluh soalan sahaja. Dengan adanya perisian survey monkey ini, ia telah memudahkan kerja kami dari segi membuat soalan dan juga menyebarkan borang soal selidik di atas talian. Penggunaannya juga adalah percuma.

                        Bagi mendapat maklumat dari responden, kami telah link kepada semua kenalan di dalam Facebook. Selepas mendapat maklum balas dari semua responden, kami membuka kembali perisian survey monkey bagi mendapatkan data. Data tersebut telah diproses dan dianalisis secara automatik. Inilah satu kelebihan menggunkan perisian tersebut. Namun, terdapat juga kekurangan perisian tersebut seperti data yang tidak beberapa jelas selepas di analisis.

                        Selepas itu, kami juga membuat satu lagi soal selidik dengan menggunakan soalan yang sama. Namun, hanya penggunaan aplikasi sahaja yang berbeza iaitu Google docs.

                        Aplikasi ini digunakan supaya kami boleh mencetakan borang soal selidik  yang telah kami lakukan. Borang ini akan diedarkan kepada beberapa orang responden yang dipilih dan kami akan membuat analisis secara manual.

                        Inilah pengalaman kami pada minggu ini bagi menyiapkan tugasan yang telah ditetapkan secara berkumpulan. Semoga input tersebut sedikit sebanyak memberi pengetahuan yang berguna kepada anda semua. Maafkanlah kalau ada kesilapan dan kekurangan. Kami hanyalah budak baru belajar mendalami ilmu tersebut.




"Belajar Lebih Baik"


                       

Monday 29 October 2012

Refleksi pembelajaran minggu keenam



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Pada minggu ini 18/10/2012. Kelas Komputer Dalam Pendidikan telah diadakan di Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL). Kami telah diberitahu dengan lebih awal untuk datang ke PTSL pada minggu lepas. Tujuan Puan Fariza menyuruh kami mengadakan lawatan sambil belajar di PTSL ialah untuk mendengar taklimat perpustakaan dan bagaimana cara-cara untuk mencari bahan dengan mengunakan laman web perpustakaan.

Orang yang bertanggungjawab untuk membari taklimat ini  ialah Pn. Shaizimah Badri yang merupakan pegawai di perpustakaan tersebut. Ini merupakan pengalaman kedua bagi saya mendengar taklimat di PTSL dan saya lebih memahami cara mencari sumber rujukan dengan lebih tepat dengan menggunakan Katalog Gemilang.


Cara penggunaanya amat mudah. Kita boleh menggunakan 2 cara untuk mencari sumber rujukan iaitu Browse dan Key Word. Bagi pengguna yang telah mengetahui tajuk sesuatu buku yang ingin dicari, mereka akan menggunakan browse. Manakala pengguna yang tidak tahu sesuatu tajuk buku yang ingin dicari, mereka boleh mengunakan key word kerana ia lebih fleksibel.

Saya juga didedahkan dengan cara penggunaan Portal e-journal. Disini saya dapat mencari jurnal-jurnal dan artikel dengan mudah dengan menggunakan pelbagai jenis pangkalan data. Pangkalan data kita boleh link jika kita berada di dalam kawasan universiti samada di kolej dan fakulti sahaja. Jika kita berada di luar kawasan universiti, kita perlu log in dengan memasukkan ID dan password. Ini kerana database yang digunakan adalah berbayar, hanya pelajar dan kakitangan UKM sahaja boleh menggunakannya. Perbezaan loyout akan berlaku diantara penggunaan di universiti dan di luar universiti. 

Antara pangkalan data yang banyak digunakan ialah:

  1. ProQuest
  2. EBSCO HOST
  3. Taylor & Francis online
  4. TetP
Pengguna juga boleh menggunakan pangkalan data yang lain yang tidak dinyatakan di atas. Kebanyakan jurnal dan artikel adalah dalam bahasa inggeris. Bagi mereka yang tidak beberapa mahir dalam bahasa inggeris, kita tidak perlu bimbang dan risau. Ini kerana, masih terdapat sumber yang perlu kita cari di dalam bahasa melayu. Contohnya ialah:
  1. UKM Institutional Repository
  2. UKM Journal Artical Repository


Dengan kemajuan teknologi sekarang ini, sesuatu maklumat begitu mudah untuk dicari. Bagi pelajar UKM, mereka tidak perlu pergi di PTSL untuk mencari bahan tersebut kerana mereka boleh menggunakan perkhidmatan ini sehingga mereka habis belajar.

Selepas taklimat itu berakhir, Puan Fariza menyuruh kami mencari 5 artikel tentang tajuk yang telah diberi dahulu. Artikel ini akan dimuat turunkan ke yahoogroups masing-masing.

Semoga input ini sedikit sebanyak dapat memberi ilmu yang berguna kepada anda semua.

Sekian Terima Kasih










Monday 15 October 2012

Refleksi pembelajaran minggu kelima



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Minggu ini merupakan minggu kelima saya berada di dalam kelas Komputer Dalam Pendidikan. Saya bersyukur kerana segala urusan telah dijalankan dengan mudah kerana segala tugasan minggu keempat kebawah semuanya sudah selesai dilaksanakan.

Pada minggu ini, Pn.Fariza telah memberi satu tugasan baru kepada kami melalui facebook group untuk membuat persembahan dengan mengunakan slide shows. Setiap kumpulan akan membentangkan tugasan masing-masing mengikut tajuk yang telah ditetapkan kepada mereka.

Antara isu tugasan tersebut ialah:
  1. 21st Century Skills
  2. Thinking skills and ICT
  3. Internet and Computer Security (Virus, Spam, Phishing) & Operating System
  4. Original and Licensed software
  5. Open sourse Software
  6. Web 2.0 in education
  7. E-Learning & Mobile learning

Pada mulanya saya terkejut kerana tugasan yang disampaikan itu baru saya baca pada waktu malam, keesokkan harinya kami dikehendaki membentangkan isu yang telah diberikan. Kami sekumpulan terpaksa berkerja keras pada malam itu. Nasib baiklah semua nota dan maklumat telah kami cari pada minggu keempat. Dengan adanya sikap kesungguhan, kami dapat juga menyiapkan tugasan tersebut. 

Dengan laksananya aktiviti pembentangan ini, kami semua dapat mengetahui dan memahami kesemua isu tugasan tersebut. Ia ibarat nota kepada kami semua untuk menghadapi exam. Pn.Fariza juga telah menambah baik dan memberi komen terhadap isu tugasan yang dibentangkan supaya nota kami semua lebih mantap dan berkesan.

Disini juga saya ingin kongsikan ilmu sedikit sebanyak kepada anda semua apa yang saya faham tentang "Original and Licensed software".


Original and Licensed software

ORIGINAL

  1. Maksud Perisian Original / Tulen
  • Perisian original ialah satu perisian yang diguna pakai tanpa meniru dan mengolah semula mana-mana perisian yang sedia ada dengan menggunakan format yang sama.
     2. Kelebihan menggunakan perisian tulen

  • Mendapat kemaskini terkini
  • Akses kepada bahagian support
  • Selamat daripada pencerobohan data



LICENSED SOFTWARE
(Perisian Berlesen)

  1. Maksud Perisian Berlesen
  • Perisian Berlesen ialah perisian yang berdaftar yang mempunyai perjanjian bertulis antara pemilik dan pengguna perisian. Untuk mendapatkan perisian berlesen ini kita perlu membeli dengan menbayar sejumlah wang.
    2.  Contoh perisian berlesen
  • Lesen Komersial
  • Lesen Percubaan
  • Lesen Software Terbatas
  • Lesen Bebas Pakai
  • Lesen Sumber Terbuka


KEBAIKAN MENGGUNAKAN PERISIAN ASAL DAN BERLESEN


  1. Tahan lama dan tidak mudah rosak
  2. Terjamin penggunaanya dan lebih selamat
  3. Mencegah daripada terkena virus
  4. Menginteraksikan klip video atau animasi yang sesuai supaya kelihatan lebih menarik



Itu sahaja berkongsian maklumat untuk minggu ini.  Semoga kita sama-sama dapat kongsikan sesuatu ilmu untuk mendapat keberkatan daripada yang maha kuasa.


Terima kasih kerana sudi membaca.


Refleksi pembelajaran minggu keempat


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Pada minggu ini saya masih belum berjaya menyiapkan tugasan dalam bentuk  microsoft word yang bertajuk "Original and Licensed" sambungan daripada minggu lepas iaitu minggu ketiga sebagaimana yang telah diarahkan oleh Dr. Siti. 

Tugasan ini merupakan tugasan berkumpulan dimana kumpulan kami mempunyai ahli kumpulan seramai tiga orang iaitu saya sendiri, Amirul Zaki b. Sidi dan Mohamad Amiruddin b. Mohamad Yusof. Pada awalnya kami tidak tahu apa yang perlu kami lakukan sebab skop untuk dibincangkan terlalu meluas. Jadi pada minggu ini, kami terpaksa bertanya kepada semua kawan-kawan bagaimana dan apa yang perlu kami lakukan. Saya juga meminta nasihat daripada Pn.Fariza apa yang perlu kami lakukan. Alhamdulillah selepas bertanya kami satu kumpulan dapat memahami apa elemen penting yang perlu kami masukkan untuk tugasan kali ini.

Selepas selesai perbincangan ini, Pn.Fariza meminta kami semua untuk menyertai facebook group Komputer Dalam Pendidikan iaitu group GE1155(Khamis 11-2). Group ini ditubuhkan untuk memudahkan urusan kami supaya kami semua dapat menerima maklumat terkini yang disampaikan oleh Pn.Fariza sendiri melalui pengumuman yang dihantar. Pada masa yang sama juga, kami dikehendaki menghantar alamat blog untuk tujuan penyemakan.

Akhirnya kami semua dibenarkan balik. Saya bersyukur kerana pada minggu ini semua urusan dapat berjalan dengan lancar. Semoga segala tindakan yang kita lakukan akan mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah S.W.T. 





 Kata hikmat Keindahan.
 Untuk merasakan keindahan,bacalah susunan syair yang indah-indah,buku-buku yang berfaedah,tentu timbul kerinduan untuk berkenalan dengan pengarangnya.

Refleksi pembelajaran minggu ketiga



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Pada minggu ketiga iaitu 4/10/2012, Puan Fariza tidak dapat hadir untuk mengajar kami kerana beliau baerada di Brunei untuk menyelesaikan urusan beliau. Kelas kami digantikan oleh pensyarah lain iaitu Dr Siti Fatimah yang juga merupakan penyelaras subjek Komputer Dalam Pendidikan. Dalam kelas ini kami disuruh untuk membuat satu tugasan iaitu mencari maklumat tentang Course Management System (CMS) / Learning Management System (LMS) berdasarkan profoma yang telah diberikan kepadaa kami. 

Di sini saya ingin berkongsi ilmu dengan anda semua apa yang saya faham tentang CMS / LMS berdasarkan beberapa sumber rujukan. Mungkin ada di antara kita yang masih belum tahu dan faham mengenainya.



Course Management System (CMS)


  
    
  •  CMS  ialah perisian atau alat yang membenarkan tenaga pengajar meletakkan maklumat di web tanpa dia perlu mengetahui atau memahami "HTML" atau bahasa komputer yang lain. Sistem ini juga dapat menyokong pembelajaran bilik darjah didalam persekitaran akademik, seperti universiti dan sekolah tinggi. Tenaga pengajar boleh mewujudkan kandungan kursus atas talian dengan mudah serta boleh mengajar dan berinteraksi dengan pelajar yang mengambil kursus itu. Tenaga pengajar dapat muat naik dokumen sedia ada dalam "PowerPoint, Word, Excel, Acrobat" dan format lain yang terkenal tanpa perlu menukarnya kepada format web seperti HTML. Mereka juga memerlukan kemahiran khusus yang sedikit.


Fungsi CMS:

(1) Untuk meletakkan bahan-bahan kursus secara dalam talian.
(2) Dapat menilai kemajuan pelajar.
(3) Tapak perbincangan.
(4) Sebagai alat komunikasi.

Contoh CMS yang digunakan di UKM ialah i-Folio




Learning Management System (CMS)


  • LMS merupakan satu perisian yang keutamaannya bertindak sebagai pendaftar elektronik dengan melaksanakan berbagai pendaftaran dan tugas-tugas yang berkaitan secara elektronik. Perisian ini akan mentadbir secara automatik. Dahulunya, LMS direka untuk suasana pembelajaran ditempat kerja dan khususnya digunakan untuk mengurus ke semua program latihan sesuatu organisasi termasuk pembelajaran tradisional didalam kelas. LMS akan mengurus semua log masuk pengguna berdaftar, mengurus katalog-katalog kursus, merekodkan data daripada pelajar, dan menyediakan laporan kepada pihak pengurusan.
  •  Contoh LMSyang digunakan di UKM ialah SMPWeb
  • Antara kepentingan LMS:
  1. Memudahkan pentadbir untuk mengurus pembelajaran kendiri seperti kelas, pendaftaran, senarai kursus dan pengajar.
  2. Memudahkan pembelajaran kerana boleh digunakan untuk membina dan menguruskan program e-learning.
  3. Tiada lagi hanya satu sistem untuk jabatan pembelajaran, kini LMSsering digunakan oleh organisasi.
  4. Membolehkan pelajar mendapat maklumat yang sama dan tepat melalui satu sistem.

Selepas mempelajari apa itu LMS dan CMS, kami diberikan pula tugasan yang baru secara berkumpulan dengan setiap kumpulan mempunyai 2 orang pelajar. Tugasan yang diberikan ini adalah tugasan minggu yang keempat. Dr Siti menyuruh kami mencari bahan dan maklumat terlebih dahulu supaya kami memahami topik untuk minggu keempat.

Kesimpulannya, pada minggu ini saya dapat mempelajari sedikit sebanyak ilmu baru yang sebelum ini saya tidak tahu. Semoga maklumat di atas dapat memberi input yang berguna kepada anda semua.

Sekian terima kasih.