Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan ku sekalian. Pada minggu ini Puan Fariza menyuruh kita untuk membuat Slide Show dengan berdasarkan kaedah-kaedah yang kita cari pada minggu lepas.
.jpg)

Perkara yang kumpulan kami fokus adalah menghasilkan soalan dengan menggunakan kaedah Hyperlink supaya pengguna dapat menjawab soalan dengan berkesan. Semasa pengguna klik pada jawapan yang mereka pilih, dengan secara automatik jawapan yang dipilih itu akan mengeluarkan satu kenyataan iaitu " Betul " atau " Salah ". Apabila jawapan betul pengguna dapat meneruskan soalan seterusnya, manakala jawapan yang salah pula pengguna boleh kembali pada soalan asal dan pengguna boleh memilih pilihan jawapan yang lain.
Bagi saya dan ahli kumpulan saya, cara menghasilkan Hyperlink amat mudah bagi kami. Ia tidak terlalu rumit dan kita boleh pelajarinya dimana-mana sahaja. Contohnya dari kawan-kawan, pensyarah, internet dan lain-lain.
Semoga apa yang saya post ini dapat memberi gambaran kepada anda semua tentang mempelajari teknik-teknik untuk menghasilkan satu persembahan yang menarik penonton. Jika ada salah silap tentang blog saya ini, saya harap anda semua memberi nasihat agar saya dapat membaiki mutu blog saya ini. Sekian....Assalamualaikum...
" Belajar Untuk Berbakti dan Berilmu Pengetahuan "
No comments:
Post a Comment