Monday 15 October 2012

Refleksi pembelajaran minggu ketiga



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Pada minggu ketiga iaitu 4/10/2012, Puan Fariza tidak dapat hadir untuk mengajar kami kerana beliau baerada di Brunei untuk menyelesaikan urusan beliau. Kelas kami digantikan oleh pensyarah lain iaitu Dr Siti Fatimah yang juga merupakan penyelaras subjek Komputer Dalam Pendidikan. Dalam kelas ini kami disuruh untuk membuat satu tugasan iaitu mencari maklumat tentang Course Management System (CMS) / Learning Management System (LMS) berdasarkan profoma yang telah diberikan kepadaa kami. 

Di sini saya ingin berkongsi ilmu dengan anda semua apa yang saya faham tentang CMS / LMS berdasarkan beberapa sumber rujukan. Mungkin ada di antara kita yang masih belum tahu dan faham mengenainya.



Course Management System (CMS)


  
    
  •  CMS  ialah perisian atau alat yang membenarkan tenaga pengajar meletakkan maklumat di web tanpa dia perlu mengetahui atau memahami "HTML" atau bahasa komputer yang lain. Sistem ini juga dapat menyokong pembelajaran bilik darjah didalam persekitaran akademik, seperti universiti dan sekolah tinggi. Tenaga pengajar boleh mewujudkan kandungan kursus atas talian dengan mudah serta boleh mengajar dan berinteraksi dengan pelajar yang mengambil kursus itu. Tenaga pengajar dapat muat naik dokumen sedia ada dalam "PowerPoint, Word, Excel, Acrobat" dan format lain yang terkenal tanpa perlu menukarnya kepada format web seperti HTML. Mereka juga memerlukan kemahiran khusus yang sedikit.


Fungsi CMS:

(1) Untuk meletakkan bahan-bahan kursus secara dalam talian.
(2) Dapat menilai kemajuan pelajar.
(3) Tapak perbincangan.
(4) Sebagai alat komunikasi.

Contoh CMS yang digunakan di UKM ialah i-Folio




Learning Management System (CMS)


  • LMS merupakan satu perisian yang keutamaannya bertindak sebagai pendaftar elektronik dengan melaksanakan berbagai pendaftaran dan tugas-tugas yang berkaitan secara elektronik. Perisian ini akan mentadbir secara automatik. Dahulunya, LMS direka untuk suasana pembelajaran ditempat kerja dan khususnya digunakan untuk mengurus ke semua program latihan sesuatu organisasi termasuk pembelajaran tradisional didalam kelas. LMS akan mengurus semua log masuk pengguna berdaftar, mengurus katalog-katalog kursus, merekodkan data daripada pelajar, dan menyediakan laporan kepada pihak pengurusan.
  •  Contoh LMSyang digunakan di UKM ialah SMPWeb
  • Antara kepentingan LMS:
  1. Memudahkan pentadbir untuk mengurus pembelajaran kendiri seperti kelas, pendaftaran, senarai kursus dan pengajar.
  2. Memudahkan pembelajaran kerana boleh digunakan untuk membina dan menguruskan program e-learning.
  3. Tiada lagi hanya satu sistem untuk jabatan pembelajaran, kini LMSsering digunakan oleh organisasi.
  4. Membolehkan pelajar mendapat maklumat yang sama dan tepat melalui satu sistem.

Selepas mempelajari apa itu LMS dan CMS, kami diberikan pula tugasan yang baru secara berkumpulan dengan setiap kumpulan mempunyai 2 orang pelajar. Tugasan yang diberikan ini adalah tugasan minggu yang keempat. Dr Siti menyuruh kami mencari bahan dan maklumat terlebih dahulu supaya kami memahami topik untuk minggu keempat.

Kesimpulannya, pada minggu ini saya dapat mempelajari sedikit sebanyak ilmu baru yang sebelum ini saya tidak tahu. Semoga maklumat di atas dapat memberi input yang berguna kepada anda semua.

Sekian terima kasih.




  



   






No comments:

Post a Comment