Assalamualaikum dan salam sejahtera
Terlebih dahulu saya bersyukur kehadrat ilahi kerana limpah kurnianya saya dapat menjejak kaki di Universiti Kebangsaan Malaysia dengan mengikuti program Ijazah Sarjanamuda Pendidikan Dengan Kepujian (Sukan dan Rekreasi). Sebagaimana kita tahu bukan mudah untuk kita melangkah ke universiti jika kita tidak berusaha bersungguh-sungguh dan cekal menghadapi pelbagai ujian yang datang dalam kehidupan kita. Walaupun saya membesar dari keluarga yang sederhana, erti kemiskinan tidak akan mematahkan semangat saya untuk terus belajar agar dapat menimba ilmu dengan lebih banyak pada tahap yang lebih tinggi. Saya sebagai pelajar UKM akan sentiasa berusaha untuk menaikan nama universiti dengan memperolehi kejayaan dalam bidang akademik mahupun kokurikulum.
Disini saya ingin berkongsi sesuatu kepada saudara dan saudari tentang pengalaman yang saya dapat sepanjang menghadiri kelas Komputer Dalam Pendidikan dibimbing oleh Puan Fariza Binti Khalid.
Pada minggu pertama, saya dikehendaki memperkenalkan diri terlebih dahulu sebelum sesi taklimat dan pembelajaran bermula. Pada waktu itu saya dapat mengenali kawan baru, kebanyakanya diantara kami adalah kaum melayu dan hanya seorang sahaja kaum india. Walaupun berbeza kaum dan agama, Kami semua tetap berkawan antara satu sama lain. Selepas selesai sesi berkenalan, Puan Fariza memberi taklimat tentang skop matapelajaran yang kami akan pelajari sepanjang semester 1. Selepas itu, kami diajar bagaimana cara untuk membuat email dan membuat yahoogroup di dalam email tersebut. Ramai diantara kami dan termasuk diri saya yang pening kepala untuk menyiapkan tugasan tersebut. Ada yang tenang dan ada juga yang dahinya berkerut kerana tertekan line internet tidak berapa ok. Walau bagaimanapun, Puan Fariza tetap melayan kerenah kami dengan dengan hati yang terbuka serta memberi tunjuk ajar kepada kami semua jika kami menghadapi sesuatu masalah .Disini saya ingin berkongsi sesuatu kepada saudara dan saudari tentang pengalaman yang saya dapat sepanjang menghadiri kelas Komputer Dalam Pendidikan dibimbing oleh Puan Fariza Binti Khalid.
Pada minggu kedua pula, Puan Fariza memberi tugasan kepada kami semua untuk membuat blog. Tugasan ini memberi satu ilmu dan kemahiran yang baru kepada saya kerana selama ini saya tidak mengambil tahu tentang kepentingan megunakan blogger. Dengan adanya blog sendiri,saya dapat berkongsi input-input yang baru untuk dikongsikan kepada semua orang sama ada bertujuan untuk pendidikan dan berkongsi pengalaman saya sendiri. Bagi saya, tugasan ini pada mulanya saya anggap susah kerana saya tidak mempunyai asas dan kemahiran. Setelah diberi tunjuk ajar dan bimbingan oleh Puan Fariza, akhirnya saya dapat juga membina blog sendiri walaupun terpaksa dan dipaksa kerana semua pelajar Komputer Dalam Pendidikan wajib membuat tugasan tersebut. Bagi saya, sesuatu tugasan yang wajib, kita mestilah ikut dan laksanakanya serta menyiapkanya mengikut tempoh yang diberikan supaya markah tidak ditolak.
Contoh senarai signature yang perlu kami buat pada minggu pertama dan minggu kedua ialah:
- Nama penuh
- Program dan fakulti
- Akaun fb
- Yahoo mail
- No.Telefon
- Alamat Blog
- Alamat yahoo.group
- Alamat fb group
Selepas sudah siap kesemua ini, Puan Fariza mengarahkan kami menghantar maklumat tersebut ke email fariza.khalid@ymail.com dan ge1155@yahoo.com .
Pada minggu kedua juga saya dikehendaki membuat pendaftaran Drop Box. Drop box merupakan satu layanan penyimpanan yang disediakanoleh evenflow,inc. Layanan ini memudahkan pengguna untuk menyimpan dan mensinkronisasikan file secara online antara komputer. Dengan menggunakan Drop Box, pengguna dapat menyimpan sesuatu maklumat dan menghantar maklumat yang menggunakan saiz ruang yang besar. Selain itu pengguna dapat memastikan maklumat mereka selamat daripada ancaman spam dan tempat untuk backup data.
Inilah pengalaman yang giler bagi saya kerana dalam satu masa kami kena membuat banyak akaun.hehehe...
Dengan pengalaman dan kemahiran yang saya dapat pada waktu itu, akhirnya kami semua dapat menyiapkan tugasan yang diberikan. Alhamdulillah.
Akhir kata, pengalaman yang berguna akan sentiasa dikenang dan diamalkan pada masa hadapan. Biar perit dahulu, bersenang kemudian.
Sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment