Thursday 1 November 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu Ketujuh



Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

                       Pada minggu ini 25 Oktober, ia merupakan cuti peristiwa sempena sambutan Aidiladha. Kelas kami pada hari ini tiada dan ada di antara kami yang mengambil kesempatan untuk pulang beraya di kampung halaman masing-masing. Walaupun kelas tiada, kami semua tetap dikehendaki membuat kerja yang telah diberikan oleh Puan Fariza.

                       Tugasan yang perlu kami lakukan pada minggu ini ialah melakukan soal selidik secara berkumpulan berkenaan tajuk Original and Licensed Software yang telah dibentangkan pada dua minggu lepas. Kami membuat contoh soalan soal selidik dengan menggunakan Survey Monkey. Walaupun cara penggunaannya Puan Fariza tidak sempat mengajar kepada kami. Namun, dengan adanya sifat kegigihan dalam diri kami semua, kami telah meminta tunjuk ajar dari rakan-rakan lain yang telah menyiapkan tugasan tersebut. Kami diarahkan membuat soalan soal selidik sebanyak sepuluh soalan sahaja. Dengan adanya perisian survey monkey ini, ia telah memudahkan kerja kami dari segi membuat soalan dan juga menyebarkan borang soal selidik di atas talian. Penggunaannya juga adalah percuma.

                        Bagi mendapat maklumat dari responden, kami telah link kepada semua kenalan di dalam Facebook. Selepas mendapat maklum balas dari semua responden, kami membuka kembali perisian survey monkey bagi mendapatkan data. Data tersebut telah diproses dan dianalisis secara automatik. Inilah satu kelebihan menggunkan perisian tersebut. Namun, terdapat juga kekurangan perisian tersebut seperti data yang tidak beberapa jelas selepas di analisis.

                        Selepas itu, kami juga membuat satu lagi soal selidik dengan menggunakan soalan yang sama. Namun, hanya penggunaan aplikasi sahaja yang berbeza iaitu Google docs.

                        Aplikasi ini digunakan supaya kami boleh mencetakan borang soal selidik  yang telah kami lakukan. Borang ini akan diedarkan kepada beberapa orang responden yang dipilih dan kami akan membuat analisis secara manual.

                        Inilah pengalaman kami pada minggu ini bagi menyiapkan tugasan yang telah ditetapkan secara berkumpulan. Semoga input tersebut sedikit sebanyak memberi pengetahuan yang berguna kepada anda semua. Maafkanlah kalau ada kesilapan dan kekurangan. Kami hanyalah budak baru belajar mendalami ilmu tersebut.




"Belajar Lebih Baik"


                       

No comments:

Post a Comment