Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Pada minggu ini 1 November, kami seperti biasa dikehendaki melakukan tugasan yang lebih mencabar dari minggu sebelum-sebelumnya. Tugasan ini semakin rumit dan memeningkan sehingga memerlukan perhatian yang lebih. Apa tugasan yang perlu kami buat pada minggu ini ialah membuat "mini reserch" Sebelum melakukan tugasan ini, Puan Fariza terlebih dahulu memberi penerangan kepada kami semua secara langsung mengenai tugasan ini.
Bagi membuat mini reserch tersebut, kami disuruh menggunakan perisian Statistical Product and Servise (SSPS). Apa yang saya faham tentang penggunaan SSPS ialah, ia merupakan satu sistem yang dijalankan secara automatik dan boleh mengira statistik yang besar bagi menghasilkan carta dan jadual selepas kita memasukkan data-data tentang soal selidik yang telah dilakukan. Benda ini sangat berguna kepada kami dan semua orang yang membuat soal selidik dengan lebih berkesan kerana kita boleh mendapatkan maklumat yang tepat selepas memasukkan data-data. Maklumat boleh didapati dalam bentuk Graf Bar, Histogram, Carta Pie dan lain-lain. Kita boleh memilih apa sahaja Graf atau Carta yang kita suka.
Setelah kami semua sudah selesai memasukkan soalan dan jumlah responden hasil dari survey monkey kedalam perisian SSPS, kumpulan kami telah mendapat maklumat sebagaimana Puan Fariza suruhkan. Selepas itu pula Puan Fariza menyuruh kami memindahkan semua maklumat tersebut kedalam Microsoft Word. Kami dikehendaki membuat satu laporan berdasarkan Graf atau Carta yang telah kami pilih. Akhir sekali assignment ini hendaklah dihantar dengan menggunakan yahoogroup serta dropbox.

Itu sahaja yang saya dapat rumuskan refleksi pambelajaran saya pada minggu ini. Kekurangan pada blog ini amat saya kesali. Semoga kita dapat manfaatkan ruang dan peluang bagi mendapatkan ilmu yang berguna untuk kegunaan masa hadapan kita semua.
Sekian Terima Kasih.
SPSS - statistical package for Science Social :)
ReplyDelete