Monday, 26 November 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu Kesepuluh



             Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada minggu ini kelas telah dijalankan seperti biasa setelah seminggu kita bercuti rehat di kampung masing-masing. Namun, kerja yang perlu dibuat semakin banyak dan memeningkan kepala. Nak atau tidak kami terpaksa teruskan juga bagi selesaikan semua kerja ini. Nasib baik lah tajuk pada minggu ini begitu senang bagi saya kerana saya telah mempelajarinya ketika diwaktu sekolah dahulu.


Tajuk yang saya pelajari pada minggu ini ialah Multimedia. Mungkin ada diantara kita yang masih tidak tahu apa itu multimedia. Multimedia ialah satu persembahkan yang menggunakan komputer dengan menggabungkan pelbagai elemen seperti text, video, audio, animasi, dan gambar serta peralatan-peralatan komputer dan juga disambungkan (link) ke rangkaian lain.. Dengan adanya multimedia, ia telah memberi kesenangan kepada semua orang untuk mengunakannya samaada dalam Pendidikan , Perniagaan dan lain-lain.




Antara aplikasi yang boleh digunakan untuk menghasilkan multimedia ialah :-

  • Smart  art (power point)
  • Microsoft Paint
  • Online Google Draw
  • OpenOffice Draw
  • GIMP


Selepas itu juga, Puan Fariza mengajar kami semua jenis format fail gambar yang boleh kita gunakanya untuk hasilkan gambar. Contohnya ialah :-

  •     JPEG  (*jpg , *jpe)
  •     PNG   (*png)
  •     BIMP (Bitmap) 
  •     GIF (Grafic Interchange Format)
  •     TIFF (*tif , Tagged Image File Format )

Gambar disebelah merupakan hasil kerja seni saya yang disuruh oleh Puan. Kami dikehendaki membuat atau membina sesuatu objek dengan menggunakan apa jenis bentuk yang terdapat dalam power point. Selepas siap menjadi apa-apa bentuk. Puan mengajar saya bagaimana cara untuk menggerakan bentuk yang digabungkan itu bergerak sekali. Jika ia di alihkan tidak ada satu bentuk pun yang tertinggal. Caranya ialah dengan Klip mouse disebelah kanan dan pilih Group. Kemudian, kami dikehendaki menukar format dari bentuk power point menjadi bentuk format Bitmap dan JPEG agar ia menjadi satu keping gambar. Di antara dua-dua format ini ia mempunyai perbezaan antara satu sama lain. 

Bitmap  - Semasa gambar di besarkn, ia akan menjadi semakin jelas dan tidak pecah
               - Ia mengambil saiz ruang yang besar

JPEG     - Jika gambar di zon dengan dekat, gambar akan menjadi tidak jelas atau pecah
               - Ia mengambil saiz ruang yang kecil

Selain itu, kami juga diajar cara menggunakan paint. Cara penggunaanya adalah bebas mengikut kehendak kreatifviti masing-masing. Selepas itu, kami diajar pula cara menggunakan software untuk GIMP . GIMP adalah satu perisian sumber terbuka yang diedarkan secara percuma. Cara penggunaanya hampir menyamai Photoshop, seperti menyunting imej , membentuk gambar dan mengubahsuai foto.



Sampai disini sahajalah untuk minggu ini. Pada minggu hadapan, Insyaallah kami akan mempelajari gimp dengan lebih mendalam. Ilmu adalah pelita dalam kehidupan seharian kita.
Tanpa ilmu hidup seseorang tidak akan cerah....Sekian Terima Kasih.......

Wednesday, 14 November 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu Kesembilan



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Pada minggu ini kelas masih dijalankan seperti biasa dan tajuk pembelajaran masih lagi berkaitan SPSS. Tetapi yang bezanya adalah cara membuat analisis soal selidik dengan menggunakan cara kualitatif. Manakala pada minggu lepas kami membuat analisis dengan menggunakan cara kuantitatif.

Kuantitatif - Merupakan pengumpulan data dalam bentuk numeric 
Kualitatif   - Merupakan pengumpulan data secara penulisan

Selepas kami diberi penerangan berkaitan kualitatif.  Kami semua dikehendaki membuat proses coding pada  berdasarkan jawapan yang dibuat oleh semua pelajar di dalam Ifolio. Proses ini bertujuaan untuk mencari isi-isi penting supaya kami dapat membina  "Rajah Pokok". Contohnya, satu isi mempunyai maksud yang sama atau berbeza dan ia akan diletakan dibawah satu-satu tajuk yamg lebih besar.

Mungkin pengunaan cara ini agak sukar bagi kami dan mereka yang baru belajar. Jika kita sentiasa lakukannya, ia akan menjadi mudah. Walaupun cara ini sukar, hasil daripada pengunaanya akan menjadi lebih terperinci. Data kita juga akan menjadi lebih menarik berasaskan persoalan kajian.

Prinsip Kualitatif :

  1. Melibatkan proses 'data reduction' atau coding
  2. Analisis data kualitatif bersifat dinamis dan fleksibel
  3. Melibatkan intepretasi penyelidik
  4. Data berbentuk 'string' atau ayat contohnya temubual
  5. Penulisan laporan lebih berbentuk 'neratif'

Akhir kata, "Selamat Bercuti"
Assalamualaikum.......

Sunday, 4 November 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu Kelapan



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Pada minggu ini 1 November, kami seperti biasa dikehendaki melakukan tugasan yang lebih mencabar dari minggu sebelum-sebelumnya. Tugasan ini semakin rumit dan memeningkan sehingga memerlukan perhatian yang lebih. Apa tugasan yang perlu kami buat pada minggu ini ialah membuat "mini reserch" Sebelum melakukan tugasan ini, Puan Fariza terlebih dahulu memberi penerangan kepada kami semua secara langsung mengenai tugasan ini. 

Bagi membuat mini reserch tersebut, kami disuruh menggunakan perisian Statistical Product and Servise (SSPS). Apa yang saya faham tentang penggunaan SSPS ialah, ia merupakan satu sistem yang dijalankan secara automatik dan boleh mengira statistik yang besar bagi menghasilkan carta dan jadual selepas kita memasukkan data-data tentang soal selidik yang telah dilakukan. Benda ini sangat berguna kepada kami dan semua orang yang membuat soal selidik dengan lebih berkesan kerana kita boleh mendapatkan maklumat yang tepat selepas memasukkan data-data. Maklumat boleh didapati dalam bentuk Graf Bar, Histogram, Carta Pie dan lain-lain. Kita boleh memilih apa sahaja Graf atau Carta yang kita suka.

Setelah kami semua sudah selesai memasukkan soalan dan jumlah responden hasil dari survey monkey kedalam perisian SSPS,  kumpulan kami telah mendapat maklumat sebagaimana Puan Fariza suruhkan. Selepas itu pula Puan Fariza menyuruh kami memindahkan semua maklumat tersebut kedalam Microsoft Word. Kami dikehendaki membuat satu laporan berdasarkan Graf atau Carta yang telah kami pilih. Akhir sekali assignment ini hendaklah dihantar dengan menggunakan yahoogroup serta dropbox.

Itu sahaja yang saya dapat rumuskan refleksi pambelajaran saya pada minggu ini. Kekurangan pada blog ini amat saya kesali. Semoga kita dapat manfaatkan ruang dan peluang bagi mendapatkan ilmu yang berguna untuk kegunaan masa hadapan kita semua.

Sekian Terima Kasih.




Thursday, 1 November 2012

Refleksi Pembelajaran Minggu Ketujuh



Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

                       Pada minggu ini 25 Oktober, ia merupakan cuti peristiwa sempena sambutan Aidiladha. Kelas kami pada hari ini tiada dan ada di antara kami yang mengambil kesempatan untuk pulang beraya di kampung halaman masing-masing. Walaupun kelas tiada, kami semua tetap dikehendaki membuat kerja yang telah diberikan oleh Puan Fariza.

                       Tugasan yang perlu kami lakukan pada minggu ini ialah melakukan soal selidik secara berkumpulan berkenaan tajuk Original and Licensed Software yang telah dibentangkan pada dua minggu lepas. Kami membuat contoh soalan soal selidik dengan menggunakan Survey Monkey. Walaupun cara penggunaannya Puan Fariza tidak sempat mengajar kepada kami. Namun, dengan adanya sifat kegigihan dalam diri kami semua, kami telah meminta tunjuk ajar dari rakan-rakan lain yang telah menyiapkan tugasan tersebut. Kami diarahkan membuat soalan soal selidik sebanyak sepuluh soalan sahaja. Dengan adanya perisian survey monkey ini, ia telah memudahkan kerja kami dari segi membuat soalan dan juga menyebarkan borang soal selidik di atas talian. Penggunaannya juga adalah percuma.

                        Bagi mendapat maklumat dari responden, kami telah link kepada semua kenalan di dalam Facebook. Selepas mendapat maklum balas dari semua responden, kami membuka kembali perisian survey monkey bagi mendapatkan data. Data tersebut telah diproses dan dianalisis secara automatik. Inilah satu kelebihan menggunkan perisian tersebut. Namun, terdapat juga kekurangan perisian tersebut seperti data yang tidak beberapa jelas selepas di analisis.

                        Selepas itu, kami juga membuat satu lagi soal selidik dengan menggunakan soalan yang sama. Namun, hanya penggunaan aplikasi sahaja yang berbeza iaitu Google docs.

                        Aplikasi ini digunakan supaya kami boleh mencetakan borang soal selidik  yang telah kami lakukan. Borang ini akan diedarkan kepada beberapa orang responden yang dipilih dan kami akan membuat analisis secara manual.

                        Inilah pengalaman kami pada minggu ini bagi menyiapkan tugasan yang telah ditetapkan secara berkumpulan. Semoga input tersebut sedikit sebanyak memberi pengetahuan yang berguna kepada anda semua. Maafkanlah kalau ada kesilapan dan kekurangan. Kami hanyalah budak baru belajar mendalami ilmu tersebut.




"Belajar Lebih Baik"