Monday 29 October 2012

Refleksi pembelajaran minggu keenam



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera



Pada minggu ini 18/10/2012. Kelas Komputer Dalam Pendidikan telah diadakan di Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL). Kami telah diberitahu dengan lebih awal untuk datang ke PTSL pada minggu lepas. Tujuan Puan Fariza menyuruh kami mengadakan lawatan sambil belajar di PTSL ialah untuk mendengar taklimat perpustakaan dan bagaimana cara-cara untuk mencari bahan dengan mengunakan laman web perpustakaan.

Orang yang bertanggungjawab untuk membari taklimat ini  ialah Pn. Shaizimah Badri yang merupakan pegawai di perpustakaan tersebut. Ini merupakan pengalaman kedua bagi saya mendengar taklimat di PTSL dan saya lebih memahami cara mencari sumber rujukan dengan lebih tepat dengan menggunakan Katalog Gemilang.


Cara penggunaanya amat mudah. Kita boleh menggunakan 2 cara untuk mencari sumber rujukan iaitu Browse dan Key Word. Bagi pengguna yang telah mengetahui tajuk sesuatu buku yang ingin dicari, mereka akan menggunakan browse. Manakala pengguna yang tidak tahu sesuatu tajuk buku yang ingin dicari, mereka boleh mengunakan key word kerana ia lebih fleksibel.

Saya juga didedahkan dengan cara penggunaan Portal e-journal. Disini saya dapat mencari jurnal-jurnal dan artikel dengan mudah dengan menggunakan pelbagai jenis pangkalan data. Pangkalan data kita boleh link jika kita berada di dalam kawasan universiti samada di kolej dan fakulti sahaja. Jika kita berada di luar kawasan universiti, kita perlu log in dengan memasukkan ID dan password. Ini kerana database yang digunakan adalah berbayar, hanya pelajar dan kakitangan UKM sahaja boleh menggunakannya. Perbezaan loyout akan berlaku diantara penggunaan di universiti dan di luar universiti. 

Antara pangkalan data yang banyak digunakan ialah:

  1. ProQuest
  2. EBSCO HOST
  3. Taylor & Francis online
  4. TetP
Pengguna juga boleh menggunakan pangkalan data yang lain yang tidak dinyatakan di atas. Kebanyakan jurnal dan artikel adalah dalam bahasa inggeris. Bagi mereka yang tidak beberapa mahir dalam bahasa inggeris, kita tidak perlu bimbang dan risau. Ini kerana, masih terdapat sumber yang perlu kita cari di dalam bahasa melayu. Contohnya ialah:
  1. UKM Institutional Repository
  2. UKM Journal Artical Repository


Dengan kemajuan teknologi sekarang ini, sesuatu maklumat begitu mudah untuk dicari. Bagi pelajar UKM, mereka tidak perlu pergi di PTSL untuk mencari bahan tersebut kerana mereka boleh menggunakan perkhidmatan ini sehingga mereka habis belajar.

Selepas taklimat itu berakhir, Puan Fariza menyuruh kami mencari 5 artikel tentang tajuk yang telah diberi dahulu. Artikel ini akan dimuat turunkan ke yahoogroups masing-masing.

Semoga input ini sedikit sebanyak dapat memberi ilmu yang berguna kepada anda semua.

Sekian Terima Kasih










Monday 15 October 2012

Refleksi pembelajaran minggu kelima



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Minggu ini merupakan minggu kelima saya berada di dalam kelas Komputer Dalam Pendidikan. Saya bersyukur kerana segala urusan telah dijalankan dengan mudah kerana segala tugasan minggu keempat kebawah semuanya sudah selesai dilaksanakan.

Pada minggu ini, Pn.Fariza telah memberi satu tugasan baru kepada kami melalui facebook group untuk membuat persembahan dengan mengunakan slide shows. Setiap kumpulan akan membentangkan tugasan masing-masing mengikut tajuk yang telah ditetapkan kepada mereka.

Antara isu tugasan tersebut ialah:
  1. 21st Century Skills
  2. Thinking skills and ICT
  3. Internet and Computer Security (Virus, Spam, Phishing) & Operating System
  4. Original and Licensed software
  5. Open sourse Software
  6. Web 2.0 in education
  7. E-Learning & Mobile learning

Pada mulanya saya terkejut kerana tugasan yang disampaikan itu baru saya baca pada waktu malam, keesokkan harinya kami dikehendaki membentangkan isu yang telah diberikan. Kami sekumpulan terpaksa berkerja keras pada malam itu. Nasib baiklah semua nota dan maklumat telah kami cari pada minggu keempat. Dengan adanya sikap kesungguhan, kami dapat juga menyiapkan tugasan tersebut. 

Dengan laksananya aktiviti pembentangan ini, kami semua dapat mengetahui dan memahami kesemua isu tugasan tersebut. Ia ibarat nota kepada kami semua untuk menghadapi exam. Pn.Fariza juga telah menambah baik dan memberi komen terhadap isu tugasan yang dibentangkan supaya nota kami semua lebih mantap dan berkesan.

Disini juga saya ingin kongsikan ilmu sedikit sebanyak kepada anda semua apa yang saya faham tentang "Original and Licensed software".


Original and Licensed software

ORIGINAL

  1. Maksud Perisian Original / Tulen
  • Perisian original ialah satu perisian yang diguna pakai tanpa meniru dan mengolah semula mana-mana perisian yang sedia ada dengan menggunakan format yang sama.
     2. Kelebihan menggunakan perisian tulen

  • Mendapat kemaskini terkini
  • Akses kepada bahagian support
  • Selamat daripada pencerobohan data



LICENSED SOFTWARE
(Perisian Berlesen)

  1. Maksud Perisian Berlesen
  • Perisian Berlesen ialah perisian yang berdaftar yang mempunyai perjanjian bertulis antara pemilik dan pengguna perisian. Untuk mendapatkan perisian berlesen ini kita perlu membeli dengan menbayar sejumlah wang.
    2.  Contoh perisian berlesen
  • Lesen Komersial
  • Lesen Percubaan
  • Lesen Software Terbatas
  • Lesen Bebas Pakai
  • Lesen Sumber Terbuka


KEBAIKAN MENGGUNAKAN PERISIAN ASAL DAN BERLESEN


  1. Tahan lama dan tidak mudah rosak
  2. Terjamin penggunaanya dan lebih selamat
  3. Mencegah daripada terkena virus
  4. Menginteraksikan klip video atau animasi yang sesuai supaya kelihatan lebih menarik



Itu sahaja berkongsian maklumat untuk minggu ini.  Semoga kita sama-sama dapat kongsikan sesuatu ilmu untuk mendapat keberkatan daripada yang maha kuasa.


Terima kasih kerana sudi membaca.


Refleksi pembelajaran minggu keempat


Assalamualaikum dan salam sejahtera


Pada minggu ini saya masih belum berjaya menyiapkan tugasan dalam bentuk  microsoft word yang bertajuk "Original and Licensed" sambungan daripada minggu lepas iaitu minggu ketiga sebagaimana yang telah diarahkan oleh Dr. Siti. 

Tugasan ini merupakan tugasan berkumpulan dimana kumpulan kami mempunyai ahli kumpulan seramai tiga orang iaitu saya sendiri, Amirul Zaki b. Sidi dan Mohamad Amiruddin b. Mohamad Yusof. Pada awalnya kami tidak tahu apa yang perlu kami lakukan sebab skop untuk dibincangkan terlalu meluas. Jadi pada minggu ini, kami terpaksa bertanya kepada semua kawan-kawan bagaimana dan apa yang perlu kami lakukan. Saya juga meminta nasihat daripada Pn.Fariza apa yang perlu kami lakukan. Alhamdulillah selepas bertanya kami satu kumpulan dapat memahami apa elemen penting yang perlu kami masukkan untuk tugasan kali ini.

Selepas selesai perbincangan ini, Pn.Fariza meminta kami semua untuk menyertai facebook group Komputer Dalam Pendidikan iaitu group GE1155(Khamis 11-2). Group ini ditubuhkan untuk memudahkan urusan kami supaya kami semua dapat menerima maklumat terkini yang disampaikan oleh Pn.Fariza sendiri melalui pengumuman yang dihantar. Pada masa yang sama juga, kami dikehendaki menghantar alamat blog untuk tujuan penyemakan.

Akhirnya kami semua dibenarkan balik. Saya bersyukur kerana pada minggu ini semua urusan dapat berjalan dengan lancar. Semoga segala tindakan yang kita lakukan akan mendapat rahmat dan keberkatan daripada Allah S.W.T. 





 Kata hikmat Keindahan.
 Untuk merasakan keindahan,bacalah susunan syair yang indah-indah,buku-buku yang berfaedah,tentu timbul kerinduan untuk berkenalan dengan pengarangnya.

Refleksi pembelajaran minggu ketiga



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Pada minggu ketiga iaitu 4/10/2012, Puan Fariza tidak dapat hadir untuk mengajar kami kerana beliau baerada di Brunei untuk menyelesaikan urusan beliau. Kelas kami digantikan oleh pensyarah lain iaitu Dr Siti Fatimah yang juga merupakan penyelaras subjek Komputer Dalam Pendidikan. Dalam kelas ini kami disuruh untuk membuat satu tugasan iaitu mencari maklumat tentang Course Management System (CMS) / Learning Management System (LMS) berdasarkan profoma yang telah diberikan kepadaa kami. 

Di sini saya ingin berkongsi ilmu dengan anda semua apa yang saya faham tentang CMS / LMS berdasarkan beberapa sumber rujukan. Mungkin ada di antara kita yang masih belum tahu dan faham mengenainya.



Course Management System (CMS)


  
    
  •  CMS  ialah perisian atau alat yang membenarkan tenaga pengajar meletakkan maklumat di web tanpa dia perlu mengetahui atau memahami "HTML" atau bahasa komputer yang lain. Sistem ini juga dapat menyokong pembelajaran bilik darjah didalam persekitaran akademik, seperti universiti dan sekolah tinggi. Tenaga pengajar boleh mewujudkan kandungan kursus atas talian dengan mudah serta boleh mengajar dan berinteraksi dengan pelajar yang mengambil kursus itu. Tenaga pengajar dapat muat naik dokumen sedia ada dalam "PowerPoint, Word, Excel, Acrobat" dan format lain yang terkenal tanpa perlu menukarnya kepada format web seperti HTML. Mereka juga memerlukan kemahiran khusus yang sedikit.


Fungsi CMS:

(1) Untuk meletakkan bahan-bahan kursus secara dalam talian.
(2) Dapat menilai kemajuan pelajar.
(3) Tapak perbincangan.
(4) Sebagai alat komunikasi.

Contoh CMS yang digunakan di UKM ialah i-Folio




Learning Management System (CMS)


  • LMS merupakan satu perisian yang keutamaannya bertindak sebagai pendaftar elektronik dengan melaksanakan berbagai pendaftaran dan tugas-tugas yang berkaitan secara elektronik. Perisian ini akan mentadbir secara automatik. Dahulunya, LMS direka untuk suasana pembelajaran ditempat kerja dan khususnya digunakan untuk mengurus ke semua program latihan sesuatu organisasi termasuk pembelajaran tradisional didalam kelas. LMS akan mengurus semua log masuk pengguna berdaftar, mengurus katalog-katalog kursus, merekodkan data daripada pelajar, dan menyediakan laporan kepada pihak pengurusan.
  •  Contoh LMSyang digunakan di UKM ialah SMPWeb
  • Antara kepentingan LMS:
  1. Memudahkan pentadbir untuk mengurus pembelajaran kendiri seperti kelas, pendaftaran, senarai kursus dan pengajar.
  2. Memudahkan pembelajaran kerana boleh digunakan untuk membina dan menguruskan program e-learning.
  3. Tiada lagi hanya satu sistem untuk jabatan pembelajaran, kini LMSsering digunakan oleh organisasi.
  4. Membolehkan pelajar mendapat maklumat yang sama dan tepat melalui satu sistem.

Selepas mempelajari apa itu LMS dan CMS, kami diberikan pula tugasan yang baru secara berkumpulan dengan setiap kumpulan mempunyai 2 orang pelajar. Tugasan yang diberikan ini adalah tugasan minggu yang keempat. Dr Siti menyuruh kami mencari bahan dan maklumat terlebih dahulu supaya kami memahami topik untuk minggu keempat.

Kesimpulannya, pada minggu ini saya dapat mempelajari sedikit sebanyak ilmu baru yang sebelum ini saya tidak tahu. Semoga maklumat di atas dapat memberi input yang berguna kepada anda semua.

Sekian terima kasih.